EKONOMI

USAHAWAN MIKRO BAWAH PROGRAM INSKEN JANA RM13.3 JUTA HASIL JUALAN PADA 2023

03/12/2023 02:10 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) mencatatkan peningkatan hasil jualan sebanyak RM13.3 juta, penciptaan 392 pekerjaan baharu dan 33 usahawan bertukar status perniagaan daripada mikro kepada kecil pada tahun ini. 

Prestasi cemerlang ini berjaya dicapai melalui pelaksanaan dua program bimbingan iaitu INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Program Bimbingan Keuntungan Menu, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick, INSKEN sentiasa konsisten dan bergiat aktif dalam melaksanakan mandat serta amanah yang diberikan khususnya untuk membantu usahawan. 

"Pada tahun 2023, INSKEN telah merealisasikan 30 program bimbingan yang memberi manfaat kepada 809 usahawan di seluruh Malaysia. Pencapaian hari ini adalah penanda aras yang membuktikan bahawa usahawan memerlukan bantuan dari pelbagai sudut termasuk bimbingan," katanya.

Pencapaian keseluruhan itu turut dijana oleh 484 usahawan mikro yang baru sahaja tamat mengikuti 18 program bimbingan INSKEN dan diraikan di sebuah Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN pada Sabtu

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan