AM

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Berhampiran Pulau Perhentian

08/11/2023 02:49 PM

KUALA BESUT, 8 Nov (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di perairan Pulau Rawa berhampiran Pulau Perhentian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mayat itu ditemukan pada 1 tengah hari oleh anggota Balai Polis Pulau Perhentian yang sedang melakukan rondaan dengan sebuah bot di kawasan perairan berkenaan.

Beliau berkata mayat dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi sudah mula mereput.

“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sekitar sepuluh hari lepas dan disyaki warga asing atau pelancong luar negara.

“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata Abdul Rozak dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan