AM

Anwar Beri ‘lampu Hijau’ Pada Sprm Siasat Menteri, Pegawai Terpalit Isu Rasuah

07/11/2023 04:33 PM

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat mana-mana menteri, pegawai kerajaan termasuk pegawai khas kepada Anwar sendiri, sekiranya wujud elemen rasuah.

Mendedahkan perkara tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Anwar sebagai seorang individu yang serius dalam membanteras elemen rasuah, pernah memberitahunya untuk tidak menunggu arahan beliau untuk melakukan siasatan ke atas mana-mana mereka yang terpalit isu rasuah.

“Pernah dia (Anwar) berkata kepada saya, Azam, kalau sekiranya ada pegawai kerajaan, menteri-menteri kaya ke atau pegawai khas saya ke, atau mana-mana pegawai khas, kalau sekiranya anda rasa ada mereka melakukan rasuah, sila siasat.

“Jangan tunggu untuk arahan atau kebenaran dari saya, Saya berikan anda kebenaran untuk menyiasat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan