AM

SULTAN NAZRIN BERKENAN BERANGKAT KE ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN PERAK

05/11/2023 09:27 AM

KUALA KANGSAR, 5 Nov (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67, di Istana Iskandariah, di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen di bawah pimpinan Kol Abdul Rahim Hamzah manakala Ketua Kawalan ialah Mejar Muhibburrahman Khairul Anuar.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Altileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Lt Kol Muhamad Asri Che Will.

Pada Jumaat lepas, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada seramai 238 penerima sempena ulang tahun hari keputeraan baginda kali ini.

Sebanyak 23 individu menerima darjah kebesaran masing-masing pada sesi istiadat pertama hari ini dan bakinya pada sesi kedua 18 Nov ini.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan