KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini memaklumkan bahawa video tular yang memaparkan berlaku keretakan pada sebahagian struktur jambatan di Pulau Pinang adalah palsu.
LLM dalam kenyataan hari ini menegaskan kejadian itu tidak berlaku di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS).
“Hasil siasatan oleh PLUS Malaysia Berhad dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mendapati kejadian itu tidak berlaku di mana-mana bahagian struktur JPP dan JSAHMS. Pihak JKSB hari ini telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu terbabit,” menurut kenyataan itu.
LLM menasihati semua pihak supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan salah faham dan kebimbangan rakyat terutamanya pengguna JPP dan JSAHMS.
Semalam, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kejadian itu bukan berlaku di JSAHMS, malah video tular itu ialah rakaman lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial