AM

Peruntukan Rm400 Juta Selenggara Rumah Keluarga Atm - Pm Anwar

13/10/2023 07:15 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan RM400 juta untuk menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini,  berkata RM20 juta turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembentungan Kem Tentera Darat secara berfasa.

“Selain itu, kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif PROTEGE-RTW yang merupakan penempatan latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak kerajaan dan meluaskan skop kepada golongan veteran ATM di bawah kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Pertahanan.

“Bagi melindungi kebajikan dan pembangunan sosioekonomi anggota veteran, setiap program kerajaan akan mempunyai kuota khusus untuk veteran seperti program keusahawanan, latihan, pekerjaan dan kemudahan pembiayaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan