EKONOMI

Maxis Keluarkan Filem Pendek Sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

02/09/2023 11:09 AM

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Maxis mengeluarkan sebuah filem pendek bertajuk "Seiring & Seazam” yang memaparkan tentang penyatuan generasi berlainan dalam membina negara yang hebat.

 Maxis dalam kenyataan hari ini memaklumkan filem itu menampilkan pelakon tempatan Aziz M. Osman dan Iskandar Syahidan yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube iaitu  www.youtube.com/watch?v=STMpQV846I0.

Sementara itu, dalam perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam, Maxis memaparkan maskot tular Fiber Maxis bersaiz jumbo, Dinocorn yang mengiringi empat trak utiliti Maxis fiber, membawa kegembiraan kepada orang ramai yang menonton.

Sebanyak 108 ahli skuad Maxis dalam perarakan itu menonjolkan tema hijau dan membawa belon besar yang mencerminkan komitmen syarikat telekomunikasi itu kepada negara, pelanggan dan komuniti.

"Cerminan itu menunjukkan sokongan untuk agenda digital negara, membawa nilai yang menarik kepada semua segmen dengan tumpuan pada kemampuan dan penggunaan (Maxis 5G) dan menyediakan akses percuma kepada pendidikan digital untuk pelajar (eKelas),” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan