KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah bagi tempoh 31 Ogos hingga 6 Okt ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)
“Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” katanya.
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial