AM

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam, Pesara Pahang

30/08/2023 04:52 PM

KUANTAN, 30 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri masing-masing berjumlah RM300 dan RM200 seorang, yang dibayar bulan depan.  

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri hari ini, melibatkan penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai dan kakitangan kontrak. 

Bantuan khas itu melibatkan 8,000 penerima dengan implikasi kewangan RM2.4 juta. 

"Pemberian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Wan Rosdy juga berharap penjawat awam Pahang dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri.  

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan