BACHOK, 27 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tampil kreatif menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan bulan kebangsaan dengan menyiapkan Jalur Gemilang hasil lukisan tangan sepanjang 201 meter.
Naib Canselor UMK Prof Dr Razli Che Razak berkata lukisan itu dihasilkan oleh kakitangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UMK dalam tempoh dua minggu.
“Setiap PTJ menyiapkan mengikut bahagian masing-masing sebelum ia dijahit, dan seterusnya Jalur Gemilang sepanjang 660 kaki (201 meter) berjaya dihasilkan," katanya pada sidang media di UMK Bachok, di sini hari ini.
Beliau berkata Jalur Gemilang itu akan diletakkan di pagar UMK Bachok untuk memeriahkan sambutan bulan kebangsaan.
Terdahulu Razli menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK Bachok di Padang Astaka, UMK Bachok, yang turut diserikan dengan kehadiran 500 peserta yang tampil dengan pakaian tradisional.
"Majlis seperti ini akan diteruskan pada tahun depan dengan tema unik, relevan dan berbeza," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial