JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Lelaki Dalam Parit, Polis Mohon Maklumat Orang Ramai

24/08/2023 09:10 PM

IPOH, 24 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki yang disyaki mati dibunuh ditemukan di dalam sebatang parit di Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baruh, Rungkup, Bagan Datuk semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 4.48 petang semalam daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan tertiarap di dalam parit di kawasan kebun sawit.

"Mangsa memakai baju berwarna merah dan berseluar pendek ditemukan dengan beberapa kesan luka di bahagian tangan, kaki dan leher. 

Bangsa dan kewarganegaraan mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana mangsa ditemui dalam keadaan mereput serta tanpa dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan.

Ahmad Basri berkata hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian disebabkan oleh luka potongan di bahagian kepala dan leher.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Kes ASP Muhammad Nazrin Nasir di talian 019-9146370," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan