KOTA BHARU, 28 Julai (Bernama) -- Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Zinda Khalil Sastro Hassan dinamakan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Timbalan Pengerusi MPN Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai keputusan pimpinan pusat Pakatan Harapan (PH) berkenaan, semalam.
"Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) telah meminta bakal calon berkenaan menyediakan dokumen yang diperlukan.
"Beliau dijangka akan menerima watikah pelantikan semasa program bersama Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Terengganu hari ini," katanya kepada Bernama, hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Pengerusi PH Kelantan Muhammad Husain menyerahkan kepada pimpinan pusat menentukan calon di kerusi DUN Tanjong Mas.
Ia susulan Parti Amanah Negara (Amanah) yang pada mulanya dijadual meletakkan calon di kerusi tersebut, diberi kerusi baharu iaitu DUN Kota Lama.
Pada PRN nanti, PH yang merangkumi Amanah dan PKR akan bertanding di 14 kerusi daripada 45 kerusi DUN Kelantan, manakala rakan sekutu PH iaitu Barisan Nasional (BN) pula meletakkan calon di 31 kerusi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial