AM

Eaic Tidak Lagi Terima Aduan Berhubung Pdrm, Pegawai Bermula 1 Julai

30/06/2023 02:16 PM

PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok (1 Julai).

Menurut Suruhanjaya berkenaan, ini kerana PDRM tidak lagi disenaraikan di bawah Jadual Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaannya, selaras dengan berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) esok.

"EAIC akan menyelesaikan semua aduan dan siasatan yang diterima sebelum 1 Julai 2023 dalam tempoh setahun sehingga 1 Julai 2024 selaras dengan seksyen 47 Akta 839," kata EAIC dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap PDRM mulai 1 Julai 2023 boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri di talian 03-8886 8526 atau 03-8886 8529.

EAIC berkata ia terus komited dengan visi sebagai peneraju dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integriti berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

Orang ramai boleh layari www.eaic.gov.my untuk sebarang maklumat atau info lanjut berkaitan EAIC.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan