DUNIA

Persatuan Islam China Adakan Majlis Sambutan Aidiladha

29/06/2023 08:32 PM

BEIJING, 29 Jun (BERNAMA-CMG) -- Persatuan Islam China mengadakan majlis resepsi di Beijing sempena menyambut Aidiladha di sini pada Rabu.

Naib Presiden persatuan itu, Adiljan Haj Kelim mengucapkan selamat maju jaya kepada umat Islam di seluruh negara.

Beliau juga menggalakkan usaha untuk membawa elemen yang bercirikan China dalam perkembangan agama Islam dan memajukan agama Islam dengan perkembangan masyarakat sosialis bagi menyumbang kepada pembinaan negara sosialis ke arah yang moden dan mewujudkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran naib ketua Jabatan Pekerjaan Barisan Bersatu Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Chen Xiaojiang dan pengarah Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Kebangsaan China Chen Ruifeng.

Turut hadir, lebih 40 diplomat dari negara-negara Islam, pakar muslim asing yang  menetap di Beijing, pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan pusat dan perbandaran Beijing serta lebih 180 wakil umat Islam dari pelbagai sektor di Beijing.  

-- BERNAMA-CMG

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan