KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 bagi Kohort 2023 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan 15,897 calon telah menduduki peperiksaan itu di 86 kolej vokasional di seluruh negara.
“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di kolej masing-masing bermula 10 pagi.
“Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my bermula 10 pagi 7 Julai hingga 6 petang 13 Julai,” menurut kenyataan itu.
KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon dan berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif serta berdaya saing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial