AM

Pm Anwar Sertai Majlis Takbir Raya Aidiladha Bersama Rakyat Di Sungai Long

28/06/2023 09:46 PM

KAJANG, 28 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Bacaan takbir raya itu dipimpin Imam Masjid Taman Rakan Sungai Long Mohd Zamzuri Abu Othman dengan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid dan penduduk setempat.

Laungan takbir itu turut disiarkan secara langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 serta di laman sosial rasmi Perdana Menteri, RTM dan Kementerian Komunikasi dan Digital pada pukul 8.20 malam tadi.

Terdahulu Anwar yang lengkap berbaju Melayu, tiba di masjid berkenaan pada pukul 7.19 malam disambut ahli jawatankuasa masjid dan jemaah.

Anwar dan para jemaah kemudiannya berbuka puasa sebelum bersama-sama menunaikan solat maghrib dan seterusnya bersedia untuk melaungkan takbir raya.

Selesai takbir, Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama para jemaah dan kanak-kanak sebelum meninggalkan masjid pada pukul 8.30 malam.

Esok, Perdana Menteri dijadual menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan