AM

71 KES PENDAFTARAN LEWAT ANAK ORANG ASLI DI KELANTAN BERJAYA DISELESAIKAN

26/06/2023 09:37 PM

GUA MUSANG, 26 Jun (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan berjaya menyelesaikan 71 kes pendaftaran lewat membabitkan masyarakat Orang Asli di negeri itu, setakat ini.

Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu Roslina Bun berkata daripada jumlah itu, 53 kes melibatkan pendaftaran baharu kad pengenalan diri (MyKad), manakala 18 kes pula kes lewat mendaftar sijil lahir.

Beliau berkata kes terbabit, dapat diselesaikan menerusi beberapa program yang dilaksanakan seperti Program Outreach dan Kembara Mesra Rakyat, melibatkan kawasan penempatan Orang Asli.

“Kita turut bersama beberapa agensi lain dalam program yang diadakan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Menerusi program yang diadakan juga, pihak JKM berjaya mengesan beberapa asnaf Orang Asli, selain kes permohonan kad Orang Kurang Upaya dalam kalangan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bihai Lama, di sini hari ini.

Terdahulu, Roslina menyampaikan sumbangan 1,000 helai pakaian kepada masyarakat Orang Asli, sebagai persediaan menyambut sambutan perayaan Aidiladha pada Khamis ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan