AM

RUSLI JAAFAR DILANTIK SEMULA PENGERUSI EKSEKUTIF SKM

23/06/2023 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan pelantikan semula Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif SKM berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Mei 2025.

SKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).

Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Rusli yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi.

“Sepanjang tempoh tersebut beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa bahagian ibu pejabat dan negeri sehingga di peringkat pengurusan tertinggi SKM.

“Dengan pelantikan ini, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja SKM mengucapkan tahniah,” menurut kenyataan itu. 

Sebelum ini Rusli dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif SKM pada 1 Dis 2022.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan