AM

PENGENDALI TELEGRAM BERDEPAN TINDAKAN JIKA TERUS ABAI JEMPUTAN UNTUK BERBINCANG - FAHMI

27/05/2023 02:30 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan Telegram boleh dikenakan tindakan sekiranya terus mengabaikan jemputan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung beberapa aduan, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pihaknya menerima pelbagai aduan mengenai perkhidmatan disediakan platform berkenaan, yang berkaitan dengan keselamatan awam, aktiviti jualan bahan terlarang, ‘scammer’ serta pornografi, dan perbincangan dengan penyedia perkhidmatan itu penting bagi mencari penyelesaian segera.

“Kita akui hadapi ada masalah dengan pihak Telegram. Walaupun dijemput untuk bertemu sejak Januari lepas, sehingga hari ini mereka enggan beri kerjasama. Berbanding platform lain, kita tidak lihat kesungguhan oleh pihak Telegram untuk memberi kerjasama.

“Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti apakah tindakan-tindakan yang wajar perlu diambil,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Esplanade, Taman KLCC, di sini hari ini. 

“Saya serahkan kepada pihak MCMC sebagai badan kawal selia bertanggungjawab untuk mengesyorkan apa tindakan yang perlu diambil. Saya masih menunggu,” katanya.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan