JENAYAH & MAHKAMAH

KPDN N. SEMBILAN SITA 98,840 DIESEL DI PORT DICKSON

14/04/2023 11:17 AM

SEREMBAN, 14 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menyita 98,840 liter minyak diesel dengan nilai rampasan RM212,506 di sebuah premis di Port Dickson, petang semalam.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata pihaknya menyerbu premis di Taman Perindustrian Sri Lukut, mendapati premis terbabit memiliki diesel melebihi had 60,000 liter yang dibenarkan.

"Pemeriksaan di peringkat pemborong diesel bersubsidi itu dijalankan adalah tindakan proaktif KPDN bagi mengenal pasti dan menangani isu ketirisan diesel bersubsidi sepanjang tempoh OPS TIRIS dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan