JENAYAH & MAHKAMAH

Kpdn P.pinang Rampas Karya Muzik Disyaki Salinan Langgaran Bernilai Rm114,000

11/04/2023 09:19 PM

BUTTERWORTH, 11 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah pusat hiburan dan menyita karya muzik yang disyaki salinan langgaran serta pelbagai peralatan yang kesemuanya bernilai RM114,000 dalam serbuan di Taman Limbungan Indah, di sini semalam.

Pengarahnya S.Jegan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, pihaknya bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menjalankan serbuan di premis hiburan itu pada 5.22 petang semalam.

"Pemeriksaan di pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan karaoke itu telah menemui dalam  milikan karya muzik yang disyaki salinan langgaran dan hasil pemeriksaan lanjut kami menyita beberapa peralatan karaoke iaitu sistem karaoke yang mengandungi 32,000 karya muzik di dalam "hard disk" yang disyaki salinan langgaran bernilai RM3.00 setiap lagu.

"Kami juga merampas masing-masing satu unit amplifier, processor, mikrofon receiver, televisyen, pembesar suara, mikrofon dan alat kawalan jauh televisyen yang kesemuanya bernilai RM114,000 termasuk karya muzik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hak cipta 1987.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan