Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Di Taman Bukit Kemuning Surut, 61 Mangsa Masih Di PPS

21/06/2025 01:13 PM

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) --  Seramai 61 mangsa daripada 12 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Aster, Seksyen 32 di sini susulan kejadian banjir di Taman Bukit Kemuning semalam. 

Menurut Portal InfoBencana JKM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 298 mangsa, sejak PPS tersebut dibuka sekitar 4 petang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Shah Alam Ahmad Nazmi Halil berkata hasil pemantauan pihaknya mendapati keadaan di lokasi terjejas telah pulih sepenuhnya dan situasi semasa adalah terkawal.

“Berdasarkan pemantauan pegawai dan anggota di lokasi, cuaca dilaporkan baik dan limpahan air telah surut sepenuhnya, manakala paras air di parit serta longkang berada pada tahap normal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Bomba Zon Shah Alam Ahmad Zaidi Safuan dilaporkan berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi pam saliran utama yang mengeluarkan air dari kawasan perumahan berkenaan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan