AM

Pewartaan Pskl 2040 Ditangguh Hingga 31 Mei - Pm Anwar

08/04/2023 02:01 PM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) akan ditangguhkan sehingga 31 Mei bagi membolehkan pelanjutan sesi libat urus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu akan membolehkan DBKL mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam satu tempoh yang mencukupi bagi memberi penjelasan, di samping mendapatkan maklum balas sewajarnya berkaitan pewartaan PSKL 2040.

Anwar yang mempengerusikan sesi pembentangan Draf PSKL 2040 oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL semalam, mengambil maklum bahawa proses penyediaan dokumen itu dilaksanakan mengikut keperluan yang diperuntukkan di dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) dengan teratur.

“Kendatipun begitu, saya juga mengambil perhatian akan pandangan yang berkehendakkan supaya pewartaan dokumen ini ditangguhkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pihak berkepentingan yang lain untuk menyatakan pandangan terhadap pelan pemajuan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan