SEPANG, 6 April (Bernama) -- Kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri ditambah termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan.
Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat pasca-Kabinet kementerian itu semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini hari ini, Loke berkata pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.
“Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai," katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial