DUNIA

India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit - ISRO

26/03/2023 04:36 PM

NEW DELHI, 26 Mac (Bernama-Sputnik) -- Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) pada Ahad melancarkan roket LVM3 yang membawa 36 satelit komunikasi OneWeb.

Roket itu dilancarkan pada 9 pagi (03:30 GMT) dari Pusat Angkasa Satish Dhawan yang terletak di pulau tenggara Sriharikota dan pelancaran berkenaan turut disiarkan oleh ISRO, lapor Sputnik.

Pelancaran itu melengkapkan penggunaan OneWeb yang terdiri daripada lebih 600 satelit di orbit yang bakal menyediakan internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia. 

Ini adalah kali kedua OneWeb menggunakan perkhidmatan ISRO untuk melancarkan satelit.

Sebelum ini, kelompok pertama 36 satelit OneWeb telah dilancarkan ke orbit pada Oktober 2022 dengan menggunakan roket India.

Projek OneWeb direka untuk menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia menjelang 2027.

Pada November 2020, OneWeb mengisytiharkan muflis dan telah dijual kepada kerajaan United Kingdom dan syarikat India Bharti Global.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan