BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
IPOH, 24 Mac (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar surat kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan memohon peruntukan bagi menaik taraf padang bola sepak di Stadium Perak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Beliau berkata stadium itu ketika ini menggunakan rumput jenis cow grass dan sudah berusia 26 tahun iaitu sejak 1997.
“Kita dah hantar surat, dua hari sudah, surat itu daripada MBI kepada Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh), harap-harap lulus. Kalau boleh kita nak ganti dulu, lepas itu penyelenggaraan kita akan buatlah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran MBI, M Roof Hotel, Pasaraya Econsave, Navira Meditech & Perak Community Specialist Hospital (PSCH) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak di sini hari ini.
KBS pada 7 Mac lepas menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.
Sementara itu, Rumaizi berkata MBI juga akan melobi supaya perlawanan antarabangsa diadakan di Stadium Perak pada masa depan jika permohonan itu berjaya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial