BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 DUNIA

PM Lee ucap selamat menyambut Ramadan yang 'bermakna dan diberkati'

23/03/2023 01:48 PM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 23 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lee Hsein Loong mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam dan semoga Ramadan kali ini memberikan lebih makna serta keberkatan.

“Setelah tiga tahun, masyarakat Islam kini dapat menyambut Ramadan seperti sebelum pandemik COVID-19,” tulis Lee di akaun rasmi Facebook.

Menurut Lee aktiviti seperti solat tarawih boleh dilakukan di 57 masjid tanpa tempahan manakala 10 masjid yang popular tetapi mempunyai ruang terhad, sistem tempahan perlu dilakukan untuk mempermudah pengurusan jemaah.

“Saya difahamkan masijd-masjid ini telah berusaha untuk menyediakan lebih banyak ruang solat,” katanya.

Lee berkata beliau memahami hasrat kumpulan-kumpulan kariah untuk menganjurkan solat tarawih di ruang-ruang yang terdapat di kawasan flat.

“Saya gembira kerana perkara ini telah mencapai persefahaman setelah dibincangkan dengan Muis dan Muis telah mengizinkan banyak kumpulan kariah untuk meneruskan rancangan asal mereka.

“Terima kasih kepada kumpulan-kumpulan kariah serta seluruh masyarakat Islam Singapura kerana bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyambut Ramadan kali ini dengan penuh bermakna,” tulis Lee..

Perdana Menteri berkata pada bulan yang mulia ini, beliau menggalakkan masyarakat bukan Islam untuk menyertai rakan Islam berbuka puasa bersama-sama.

“Tanpa sekatan COVID-19, orang ramai kini boleh berkunjung ke bazar-bazar Ramadan dan menikmati kemeriahannya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan