BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga maut kereta rempuh kren di tepi jalan

19/03/2023 04:03 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tiga individu maut selepas sebuah kereta merempuh kren yang diparkir berhampiran sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, Bukit Seputeh, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan K. Segar berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.46 pagi sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang melanggar belakang sebuah kren yang diletakkan di tepi jalan.

“Ekoran kemalangan itu, pemandu lelaki kereta itu didapati tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua pekerja keselamatan yang menjaga kren turut cedera parah akibat dilanggar kereta berkenaan,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Segar berkata mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan