AM

Sembilan Anggota FRU Maut Dalam Kemalangan Dikenal Pasti

13/05/2025 04:07 PM

TELUK INTAN, 13 Mei (Bernama) -- Senarai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Jalan Chikus-Sungai Lampam telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semua anggota terlibat terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam Ipoh, dengan lapan daripada mereka berasal dari Perak dan seorang dari Kedah.

Beliau berkata mereka terdiri daripada Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Kpl Nurit Ak Pandak, 34, (Kampar); dan Kpl Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng).

Empat lagi ialah Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, tahun dari Kuala Kurau; L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah.

Sembilan anggota FRU itu meninggal dunia selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian 8.50 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan