EKONOMI

KUSKOP AKAN PERKENAL PROGRAM SWEET, SEKTOR FRANCAIS BAGI USAHAWAN WANITA

09/03/2023 12:03 AM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperkenalkan program khas kepada usahawan wanita yang berminat untuk melibatkan diri dalam sektor francais.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata program yang dinamakan Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) itu ialah program di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

"Baru-baru ini, Pernas telah mengadakan Business In Transformation (BIT) Expo 2023 di Shah Alam yang melibatkan 62 usahawan francais dan saya kagum ia didominasi oleh usahawan wanita.

“Saya mengalu-alukan mereka (usahawan wanita) yang berminat untuk berkunjung di Pernas bagi mendapatkan maklumat atau menerusi dalam talian melalui platform MyAssist MSME,” katanya pada sesi rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, KUSKOP telah memperuntukkan RM50 juta bagi memperkasakan usahawan francais menerusi pelbagai skim pembiayaan di bawah Pernas.

Ewon pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada usahawan wanita yang melaksanakan pembayaran pinjaman tanpa gagal kepada agensi yang sekali gus memberi peluang kepada usahawan baharu untuk menceburi perkhidmatan berkenaan.

"Saya menghargai semua usahawan wanita yang telah membuat pinjaman di semua agensi kita yang lain, mereka merupakan pembayar yang sangat baik," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan