KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut ulang tahun perkahwinan diraja yang ke-37 hari ini.
Facebook Istana Negara hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Seri Paduka berdua sempena ulang tahun perkahwinan diraja menerusi satu hantaran.
Hantaran berkenaan turut berkongsi 10 keping gambar Seri Paduka berdua dengan pelbagai aktiviti bersama termasuk bermain golf, memancing dan berangkat ke majlis rasmi.
Hantaran tersebut turut dikongsi netizen yang memberikan ucapan tahniah diiringi doa semoga pasangan diraja berkenaan kekal bahagia.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah bernikah 6 Mac 1986 di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.
Seri Paduka berdua dikurniakan empat putera dan lima puteri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial