AM

MALAYSIA AKAN JADI LOKASI PENTING BAGI SYARIKAT JERMAN UNTUK MEMPELBAGAIKAN PERNIAGAAN

17/02/2023 10:05 PM

PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia akan menjadi lokasi penting bagi syarikat Jerman untuk mempelbagaikan perniagaan dan pelaburan mereka, kata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.

Beliau berkata terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia dan mewujudkan 65,000 pekerjaan serta terdapat ruang untuk lebih banyak syarikat Jerman mempelbagaikan dan membekalkan pasaran mereka di rantau ini.

"Kami tahu mengenai lokasi perniagaan dan komuniti perniagaan Jerman telah memulakannya dulu ke arah kepelbagaian dalam pembuatan dan rantaian bekalan," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, di sini hari ini.

Steinmeier berkata terdapat banyak potensi untuk menjalinkan kerjasama antara Jerman dan Malaysia dengan salah satu sektor yang perlu dipergiatkan ialah latihan vokasional.

Beliau berkata semasa lawatannya ke Pulau Pinang semalam, banyak syarikat Jerman berteknologi tinggi mengeluarkan semikonduktor dan bekalan perubatan di Pulau Pinang tetapi kekurangan latihan vokasional untuk golongan muda.

“Saya bercakap dengan golongan muda yang menyuarakan harapan mereka dan kita perlu mempertingkatkan latihan vokasional di Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan