EKONOMI

Manz Ag Perkenal Peralatan Rdl Berteknologi Tinggi Di Semicon Sea 2024

20/05/2024 04:48 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei  (Bernama) -- Peneraju global dalam pembuatan peralatan berteknologi tinggi, Manz AG akan mempamerkan kemajuan terkini dalam alatan pengeluaran lapisan pengagihan semula (RDL) di SEMICON Asia Tenggara 2024, yang bakal dianjurkan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia mulai 28 hingga 30 Mei.

Manz AG akan menampilkan rangkaian pelbagai peralatan proses RDL yang inovatif, direka dengan teliti bagi menampung keperluan proses dan bidang aplikasi yang pelbagai.

“Ketika kecerdasan buatan dan pengkomputeran berprestasi tinggi memacu evolusi teknologi pembungkusan termaju, Manz AG berdiri di barisan hadapan transformasi ini.

“Kemajuan ini memudahkan pengecilan serta peningkatan fungsi cip silikon bersepadu, membolehkan sambungan input dan output berketumpatan tinggi termasuk jarak talian nada halus dalam RDL," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kepakarannya dalam substrat litar bersepadu bahan organik dan proses panel paparan membolehkan syarikat itu menyampaikan penyelesaian yang komprehensif untuk pembuatan lapisan konduktor logam RDL peringkat panel, mengurangkan kos dan meningkatkan kebolehskalaan.

Sementara itu, penyelesaian proses RDL canggih Manz membabitkan proses menyepadukan teknologi kimia basah bagi memastikan keseragaman serta ketebalan permukaan penyaduran yang luar biasa, seterusnya, menambah ketumpatan cip dan pelesapan haba, kata syarikat itu.

Pengenalan penyelesaian percetakan digital akan menyelaraskan proses pembuatan, mengurangkan langkah selain melonjakkan daya pengeluaran sambil mengekalkan kelestarian alam sekitar melalui pengurangan bahan kimia penggunaan dan penggunaan tenaga.

Syarikat itu berkata komitmennya terhadap penyelidikan dan pembangunan membolehkan sokongan teguh untuk pengeluaran besar-besaran kepada pengeluar papan litar serta panel bercetak terkemuka.

Pengurus Besar Manz AG Asia, Robert Lin memberitahu syarikat itu amat berdedikasi untuk memupuk inovasi dan daya saing dalam industri pembungkusan termaju.

 “Dengan menawarkan peralatan proses RDL berorientasikan pasaran dan penyelesaian pengeluaran yang cekap, kami mampu memperkasakan pelanggan kami untuk berkembang maju dalam landskap yang berkembang pesat,” tambahnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan