BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
LABUAN, 31 Jan (Bernama) -- Yayasan Petronas menyumbang barangan makanan dan hamper kepada 50 keluarga di sini menerusi program Sentuhan Kasih sempena Tahun Baharu Cina pada 27 Jan lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd (PC Methanol) Lawai Jok berkata sumbangan diagih dari rumah ke rumah oleh sukarelawan Petronas yang terdiri daripada kakitangan dan pihak kepimpinan PC Methanol.
“Melibatkan dan memberi sokongan kepada masyarakat di sekitar kawasan operasi kami sentiasa menjadi tumpuan program impak sosial kami… kami berharap melalui program ini, kami dapat membantu dalam menambah kegembiraan pada musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lawai berkata mereka yang menerima sumbangan termasuk warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan Orang Kurang Upaya yang dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan.
Inisiatif berkenaan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina tahun ini melibatkan lebih 2,000 penerima daripada keluarga B40 di seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial