AM

Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air hingga Isnin

28/01/2023 02:39 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Hujan lebat berterusan dijangka melanda negeri-negeri pantai timur serta selatan tanah air sehingga Isnin ini (30 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu. 

Di Pahang, kawasan diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang di Jerantut dan Maran serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan