AM

Markas Briged Ke-31 Infantri pindah ke Bintulu Jun tahun depan 

27/12/2022 02:04 PM

KUCHING, 27 Dis (Bernama) -- Markas Briged ke-31 Infantri Malaysia yang kini berada di Sibu dijangka berpindah ke Bintulu pada Jun tahun depan.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata pihaknya juga telah mengenal pasti lokasi serta bangunan yang bakal menempatkan Briged ke-31 di Bintulu nanti.

Beliau berkata keputusan pemindahan markas itu dibuat setelah mengambil kira keberadaan Briged ke-9 yang turut berada di kawasan Sibu.

“Rumah buat keluarga anggota juga sudah kita kenal pasti. Saya yakin apabila proses semua telah selesai menjelang bulan Jun tahun depan, Markas 31 Briged akan berada di Bintulu.

“(Buat masa ini) Kita tidak akan bina bangunan baharu (untuk markas tersebut) tetapi menyewa bangunan di sana (Bintulu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara Pemakaian Pangkat Perdana di Kem Muara Tuang di sini hari ini. 

Sementara itu, ditanya mengenai situasi keselamatan di Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan sempadan, Zamrose berkata situasi pada masa ini adalah selamat dan pihak Tentera Darat bersedia mengambil sebarang tindakan sekiranya diperlukan.

"Kita sentiasa bersiap sedia dengan mengikuti perkembangan semasa geostrategik wilayah ini dan kita juga dalam keadaan bersedia.

“Kita juga sudah tingkatkan kesiapsiagaan pos-pos di sepanjang sempadan Kalimantan (Indonesia). Kita ada empat pos baharu yang telah siap dan beroperasi manakala tiga pos kawalan kini dalam pembinaan,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan