AM

Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi di Nanga Ngungun dijangka siap esok - Fahmi

12/12/2022 11:00 PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kerja baik pulih perkhidmatan telekomunikasi dan capaian Internet di Nanga Ngungun, Kanowit, Sarawak yang dilaporkan terjejas sejak 7 Dis lepas dijangka siap tengah hari esok.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook berkata beliau menerima aduan mengenai masalah itu dan telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mendapatkan maklumat serta tindakan segera.

“Saya difahamkan pada 7 Dis lepas, genset ke menara perkhidmatan di Bukit Melapi rosak dipercayai akibat litar pintas.

“Menara ini di bawah program Universal Service Provision yang diselenggara syarikat Celcom. Pihak Celcom telah ke tapak hari ini dan melaporkan bahawa alat-alat gantian akan tiba dari Kuching pagi esok,” katanya.

Beliau berkata MCMC telah diminta untuk memberikan perkembangan terkini sejurus kerja-kerja baik pulih selesai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan