DUNIA

Bantuan kemanusiaan dikecualikan dari sekatan di bawah resolusi UNSC

10/12/2022 10:41 AM

NEW YORK, 10 Dis (Bernama) -- Bantuan kemanusiaan akan mendapat perlindungan yang lebih baik daripada sekatan di bawah resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Jumaat.

Seramai 14 daripada 15 ahli mengundi menyokong draf resolusi berkenaan, hanya India berkecuali, lapor Agensi Akhbar Jerman dpa.

Keputusan itu menetapkan bahawa dana bagi tujuan kemanusiaan tidak boleh dibekukan oleh negara atau pakatan "demi memastikan bantuan kemanusiaan sampai tepat pada masanya atau untuk menyokong keperluan asas manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Duta Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menyifatkannya sebagai "titik perubahan resolusi ".

AS dan Ireland memperkenalkan resolusi berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan