PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan keadaan fizikal tahanan yang kurus di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis adalah disebabkan oleh layanan buruk Jabatan Imigresen (JIM).
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah diberikan makluman oleh JIM bahawa keadaan fizikal tahanan terbabit adalah sememangnya kurus dan susut sebelum memasuki depoh tahanan itu.
“Pertama, kita kena tengok subjek yang terlibat, adakah seorang rakyat biasa yang amalkan gaya hidup sihat atau dia juga sebenarnya ikut terbabit dalam aktiviti yang menyebabkan fizikal badan susut,” katanya pada sidang media selepas taklimat pengoperasian JIM bersama pengurusan tertinggi agensi itu, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular melibatkan tahanan di depoh itu yang antara lain mendakwa mereka tidak diberikan makanan secukupnya serta diberikan layanan buruk oleh JIM.
Semalam, tular satu video berdurasi 90 saat memaparkan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Solomon merayu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor agar dia dan rakannya dibebaskan secepat mungkin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial