ISKANDAR PUTERI, 1 Dis ( Bernama) -- Kerajaan Johor akan menggalakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan 'Greater Johor Bahru' menggunakan kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata ia selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat rendah karbon.
"Kita sedia maklum bahawa untuk projek akan datang, kita akan galakkan PBT menggunakan kenderaan elektrik kerana kita tahu Singapura sekitar 10 hingga 20 tahun akan datang akan gunakan 100 peratus teknologi EV ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon di Sunway Big Box di sini hari ini.
Dalam merealisasikan perancangan itu, Mohd Jafni berkata kerajaan Johor akan turut membina lebih banyak stesen pengecas EV di kawasan Greater Johor Bahru.
"Kita sedia maklum EV ini mahal kosnya tapi kita kena mulakan juga untuk kita lihat apa isu-isu berbangkit kerana palam soketnya berbeza-beza, jadi kita harap permulaan ini kita akan melihat ke arah yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial