AM

Agong, Raja Permaisuri Dikurniakan Cucunda Ketujuh

06/04/2026 02:23 PM

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan cucunda yang ketujuh selepas Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, isteri Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad (5 April).

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disertakan pengumuman rasmi Jumaah Majlis DiRaja Johor, puteri itu merupakan anakanda kelima Tunku Mahkota Ismail.

Pengumuman Diraja itu dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli hari ini.

Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat, menurut kenyataan itu.

Jumaah Majlis DiRaja Johor turut menzahirkan doa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, keceriaan dan keberkatan berterusan kepada Kerabat DiRaja Johor.

Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor diijab kabul dengan Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014.

Pasangan diraja itu kini dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua putera dan tiga puteri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan