JOHOR BHARU, 14 Nov (Bernama) -- Papan tanda Pakatan Harapan (PH) di kawasan Parlimen Kluang yang mengandungi kesilapan ejaan pada peribahasa yang digunakan telah diturunkan setelah pihak parti itu menyedari kesilapan.
Calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang Wong Shu Qi dalam satu kenyataan hari ini berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia dipasang pada Jumaat lepas sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.
Papan tanda tersebut yang mengandungi kesilapan itu tertera ‘berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’, yang sepatutnya berbunyi ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
"Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan dalam menaip perkataan tersebut,” kata Wong yang mengucapkan terima kasih kepada yang menegur bagi membolehkan pembetulan dilakukan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial