IPOH, 11 Nov (Bernama) -- Seorang pekerja syarikat telekomunikasi meninggal dunia semasa memasang kabel internet di atas bumbung sebuah rumah di Jalan Tengas, Taman Lela 1, dekat Kamunting, kira-kira 74 kilometer dari sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata lelaki berusia 30-an itu dipercayai melakukan kerja memasang kabel internet di atas bumbung rumah berkenaan.
Difahamkan, mangsa pengsan di atas bumbung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.
Jurucakap bomba berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.56 petang.
"Sepasukan anggota bersama pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan kita membawa mangsa turun dengan pengusung," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial