MIRI, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam istiadat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini.
Penganugerahan darjah yang membawa gelaran ‘Datuk Patinggi’ itu adalah sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Abdul Taib.
Turut hadir pada acara yang bermula dari 5.15 hingga 5.30 petang itu ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pimpinan tertinggi negeri.
Seramai 846 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib tahun ini.
Bandaraya Miri merupakan tuan rumah sambutan Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib yang berlangsung dari 7 hingga 9 Okt.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial