BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Mustafa Sentop tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi

04/10/2022 12:48 AM

SEPANG, 3 Okt (Bernama) --  Speaker  Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sehingga Rabu ini (5 Okt). 

Pesawat khas membawa Sentop dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada pukul 11.50 malam ini.

Sentop dan delegasinya disambut Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.  

Semasa lawatannya, Sentop dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Beliau juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan