DUNIA

Bessent Jangka Harga Petrol Turun Selepas Konflik Asia Barat Berakhir

23/04/2026 06:35 AM

WASHINGTON, 23 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent berkata pada Rabu yang harga petrol di negara itu dijangka menurun apabila konflik di Asia Barat berakhir, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Segala-galanya bergantung kepada bila konflik itu berakhir,” kata beliau semasa pendengaran Senat ketika ditanya seberapa cepat harga petrol boleh berkurang.

Beliau berkata harga berkemungkinan kembali ke paras sebelumnya, atau mungkin lebih rendah.

Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan serta kematian orang awam.

Iran kemudian membalas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat.

Peningkatan ketegangan itu hampir menghentikan trafik di Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara Teluk Parsi ke pasaran global, sekali gus meningkatkan harga bahan api.

Pada 13 April, Tentera Laut AS mula menyekat semua trafik maritim yang memasuki dan keluar dari pelabuhan Iran di kedua-dua sisi Selat Hormuz.

Washington menegaskan yang kapal bukan Iran masih bebas melalui laluan itu selagi tidak membayar tol kepada Tehran.

Pihak berkuasa Iran belum mengumumkan pelaksanaan tol, namun cadangan mengenainya sudah dibincangkan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan