EKONOMI

Syarikat konsesi, ALR setuju lanjut tarikh penyempurnaan SSPA ke 31 Okt - Gamuda

03/10/2022 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Empat syarikat pegangan konsesi lebuh raya Lembah Klang Gamuda Bhd dan Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) bersetuju untuk melanjutkan tarikh penyempurnaan perjanjian jual dan beli saham (SSPA) ke 31 Okt, 2022.

Gamuda dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata SSPA itu dilaksanakan dengan ALR pada 8 Ogos, 2022.

Syarikat itu berkata lanjutan tarikh tersebut adalah untuk membolehkan ALR melunaskan semua pembayaran yang diperlukan kepada syarikat konsesi berkaitan di bawah SSPA.

“Syarat-syarat yang selebihnya akan dipenuhi sepenuhnya pada terbitan Program Sukuk ALR yang dijangka selesai pada pertengahan Oktober 2022,” kata Gamuda.

Penasihat bersama, penyusun bersama dan pengurus utama bersama bagi Program Sukuk ALR itu telah menetapkan harga sukuknya yang diberi penarafan AAA dengan nilai nominal RM5.5 bilion pada 23 Sept, 2022.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan