BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Selangor adakan latihan simulasi banjir

23/09/2022 12:30 AM

SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi hantaran Facebook Amirudin berkata beliau juga akan mengumumkan peruntukan khas bagi menambah peralatan seperti bot, jentera dan petugas dalam persiapan menghadapi bencana itu. 

“Keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi memastikan nyawa dan kebajikan rakyat Selangor dipelihara. Kita akan berikhtiar semampunya, semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya-Allah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Amirudin memaklumkan kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi persediaan pada September ini bagi menghadapi risiko banjir dengan penumpuan kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan