PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menganjurkan Program 10,000 Langkah Semangat Merdeka bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga kementerian sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
Program yang bermula kira-kira 9.30 pagi itu disertai lebih 300 warga MOTAC dengan berjalan sambil memegang Jalur Gemilang sejauh hampir enam kilometer di sekitar Putrajaya
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri yang membuat pelepasan peserta berkata MOTAC telah menyusun pelbagai aktiviti sempena Bulan Kebangsaan termasuk pameran kemerdekaan bagi menzahirkan semangat cintakan negara.
“Kefahaman dan penghayatan sejarah peradaban bangsa akan memperkukuhkan lagi kedudukan serta toleransi rakyat di negara ini.
“Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita perlu berpaksikan kepada pengamalan nilai murni supaya keamanan, kedaulatan dan kemakmuran negara dapat terus dilestarikan,” katanya ditemui pemberita selepas acara pelepasan peserta.
Nancy berkata Program 10,000 Langkah Semangat Merdeka juga bertujuan merangsang semangat kesukanan di samping menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) kerajaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial