SUKAN

Gavin hanya ketinggalan satu pukulan dengan juara Siri Antarabangsa Singapura

15/08/2022 12:37 AM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pemain golf profesional negara, Gavin Kyle Green  terlepas gelaran Siri Antarabangsa Singapura dengan satu pukulan kepada pemain Thailand, Nitithorn Thippong di Tanah Merah Country Club di Singapura, hari ini.

Pemain Thailand itu merangkul gelaran itu dengan kelebihan satu pukulan selepas menamatkan saingan dengan 16 bawah 272 manakala Gavin merakamkan 273 pukulan untuk terikat dengan pemain Kanada, Richard T. Lee dan pemain Thailand, Phachara Khongwatmai.

Gavin, yang muncul pendahulu dua pusingan pertama dengan catatan 65, 65, gagal mengekalkan  kedudukan pendahulu apabila mencatatkan 72 semalam dan mengakhiri saingan dengan 71 pukulan.

Gavin, juara Order of Merit Jelajah Asia 2017, menyifatkan saingan pada lubang terakhir sengit dan gelaran tersebut boleh menjadi milik sesiapa sahaja pada saat tersebut.

“Saya cuba dengan gigih dan kekal sabar sebaik mungkin,” kata Gavin dalam kenyataan dikeluarkan oleh Jelajah Asia.

Sementara itu, Nitithorn, yang menerima hadiah wang tunai US$270,000 (RM1.2 juta), berkata, beliau tidak dapat menggambarkan perasaannya kerana sudah berlatih bersungguh-sungguh untuk kejohanan yang sulung kali diadakan.

"Ini adalah hebat. Saya melakukan banyak pukulan birdie dan kekuatan mental saya hebat . Saya tidak memikirkan tentang skor tetapi hanya melalui proses untuk melakukan pukulan terbaik pada setiap lubang,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan